X
MODEL PHEV Cooper SE Countryman.
MODEL PHEV Cooper SE Countryman.
Lizam Ridzuan


KENDERAAN jenama Mini sememangnya menawarkan segmen kompak premium dengan ciri teknologi terkini dan pemanduan seakan-akan go-kart.

Menambah pilihan, dua model baharu iaitu Mini Cooper S Countryman dan Mini Cooper SE Countryman pemasangan tempatan dilancarkan baru-baru ini untuk pilihan lebih segar kepada pengguna.

Kedua-duanya datang dengan Mini ALL4 Luaran Optic yang dibezakan dengan kemasan bampar hadapan dan belakang serta pelindung lumpur aluminium untuk penampilan ranggi.

Selain itu, varian ini turut dilengkapi lampu utama LED termasuk lampu selekoh, perekat garisan bonet, rel bumbung dan 'sills' sisi.

COUNTRYMAN S untuk gaya hidup aktif.
COUNTRYMAN S untuk gaya hidup aktif.

Pada lampu belakang, dengan corak bendera Union Jack, ia diberi sentuhan blok rekaan baharu untuk pencahayaan lebih baik.

Sistem pelindung haba dengan kemasan khas juga diletakkan pada keseluruhan cermin tingkap bagi sumber pencahayaan lebih baik.

Ia juga didatangkan dengan rim aloi 19 inci 'Mini Turnstile Spoke' dengan tayar 'run-flat' dan untuk varian SE, dengan 19 inci 'Mini Yours British Spoke', juga dengan tayar run-flat.

Pada bahagian luaran, ia diberi kemasan 'Piano Black Exterior Optic' untuk lebih menyerlah termasuk terhadap perumah lampu hadapan dan belakang, gril serta semua pemegang pintu.

Menambah elemen premium, Mini ini juga dilengkapi pintu belakang automatik untuk kemudahan pemilik menerusi 'Comfort Access' dengan 'Easy Opener'.

Ia juga disertakan kerusi rehat yang boleh digunakan untuk berehat selepas pemanduan yang jauh.

PENGECASAN penuh dalam tempoh lima jam.
PENGECASAN penuh dalam tempoh lima jam.

Ruang kabin juga diserlahkan dengan roda stereng kulit Mini Yours Walknappa. Ia julung kali diperkenalkan untuk model ini selain logo signatur Union Jack pada bahagian bawahnya.

Mini Cooper S Countryman dan Mini Cooper SE Countryan Baharu juga lengkap dengan kluster paparan meter bersaiz 5 inci, ia juga julung kali diperkenalkan untuk varian ini.

Sistem infotainmen bersaiz 8.8 dengan skrin sesentuh dan fungsi navigasi juga tersedia dengan sistem 12 pembesar suara Hifi Harman Kardon premium.

Paparan heads-up pula untuk pemandu lebih fokus pada pemanduan.

Untuk prestasi, Mini Cooper S Countryman, ia didatangkan dengan enjin 2.0 liter Mini TwinPower Turbo untuk kuasa 192 kk (kuasa kuda) dan tork 280Nm.

Transmisi 7 kelajuan dwiklac Sports automatik pula menawarkan kelancaran pertukaran gear lebih dan responsif.

Buat Mini Cooper SE Countryman, ia datang dengan enjin 1.5 liter Mini TwinPower Turbo dengan motor elektrik yang menjana 224 kk dan tork 385Nm.

RUANG kabin elemen teknologi.
RUANG kabin elemen teknologi.

Model plug-in hybrid (PHEV) ini juga mampu memecut daripada sifar hingga 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 6.8 saat.

Selain itu, ia juga lengkap dengan teknologi eDrive menerusi bateri lithium voltan tinggi dengan kuasa 10kWh yang mampu menjangkau perjalanan sehingga 48 km.

Tiga mod pemanduan disediakan iaitu Auto eDrive untuk kuasa pintar yang menawarkan keseimbangan enjin turbo dan motor elektrik, Max eDrive untuk kuasa elektrik sepenuhnya dan Save Battery untuk enjin mengecas semula bateri.

Untuk elektrik, ia disertakan dengan kabel pengecasan rumah yang mengambil masa lima jam iaitu 2.3kW daripada sifar ke 100 peratus penuh.

Untuk kemudahan perjalanan, terdapat lebih 300 pengecasan awam di seluruh negara dengan tempoh pengecasan selama tiga jam 15 minit untuk penuh pada kuasa 3.7kW.

Untuk pasaran Malaysia, Mini Cooper S Countryman Baharu dijual pada harga RM244,265 dan Mini Cooper SE Countryman (PHEV) pada RM254,461 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 7:00 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看