VIOS Challenge akan disiarkan secara penstriman langsung.
VIOS Challenge akan disiarkan secara penstriman langsung.
Lizam Ridzuan


SELEPAS setahun ditangguhkan akibat pandemik Covid-19, acara sukan permotoran empat roda negara, Festival Toyota Gazoo Razing (TGR) Musim ke-4 bakal dilangsungkan pada 27 hingga 28 Mac ini.

Diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan siri perlumbaan 'Vios Challenge' akan diadakan secara tertutup dan hanya disiarkan secara penstriman langsung dalam talian selama dua hari.

Timbalan Presiden UMW Toyota (UMWT) dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran TGR Malaysia, Akio Takeyama berkata, pihaknya cukup gembira untuk kembali ke litar lumba, namun sebagaimana mereka segera mahu membuka pintu kepada peminat, pandemik yang masih ada memberikan satu opsyen terbaik kepada semua.

"Penstriman langsung adalah langkah paling ideal untuk 'membawa' perlumbaan hujung minggu TGR yang boleh ditonton peminat dengan selesa di rumah,

"Sebelum ini ia sudah dilangsungkan di banyak lokasi yang menarik ramai penonton, melalui pendekatan kebiasaan baharu ini, ia akan dapat meluaskan capaian peminat permotoran termasuk yang berada di luar Malaysia," katanya.

Perlumbaan kali ini membabitkan empat kelas perlawanan termasuk yang terbaharu iaitu kategori Rookie menampilkan enam pelatih daripada pemandu go-kart dan simulator yang baru menamatkan Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing.

KATEGORI Promotional terdiri daripada barisan selebriti tempatan.
KATEGORI Promotional terdiri daripada barisan selebriti tempatan.

Mereka terdiri daripada Mika Hakimi, 17, Naquib Azlan, 20, Amer Harris, 17, Jwan Hii, 18, Putera Adam, 14, dan Troy Eimann, 16.

Untuk kelas Promotional, ia seperti musim terdahulu yang disertai selebriti tempatan iaitu Shukri Yahaya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Wany Hasrita, Nabila Razali dan Khai Bahar serta pesaing baharu iaitu Zizan Razak, Talitha Tan dan Ahirene Ahirudin.

Juara kategori ini musim lalu, Shawn Lee beralih ke kelas Sporting bersaing sebagai pemandu amatur persendirian selepas melakukannya pada musim ke-2 sebelum kembali ke kategori Promotional pada musim ke-3.

Dia bakal bersaing dengan 19 pelumba termasuk naib juara tahun lalu, pemandu pasukan Dream Chaser iaitu Bradley Benedict Anthony, diikuti Haji Sutan Mustaffa selain Kenneth Koh, Adam Khalid, Datuk Dr Ken Foo, Lim Chun Beng, Tom Goh, Mirza Syahmi dan Dannies Ng.

MIKA Hakimi antara pelumba kategori Rookie.
MIKA Hakimi antara pelumba kategori Rookie.

Untuk kelas Super Sporting, daripada kalangan pelumba profesional, menampilkan juara dua kali Vios Challenge yang juga duta Toyota Gazoo Racing iaitu Tengku Djan Ley.

Dia akan kembali untuk cuba mempertahankan kejuaraan dengan bersaing bersama 11 pelumba lain termasuk juara termuda, Haydan Haikal, 16, yang dinaikkan daripada kategori kelas Sporting.

Pelumba lain yang turut bersaing dalam kategori ini ialah juara musim ke-2 iaitu Boy Wong, naib juara musim lalu Freddie Ang, William Ho, Kenny Lee, Keifli Othman, Syafiq Ali dan Brendan Paul Anthony.

Secara keseluruhan, TGR Festival Musim ke-4 menampilkan tiga siri perlumbaan unik meliputi 11 perlumbaan semuanya.

Selain Vios Challenge, Gazoo Racing kini juga sebagai Siri Kejuaraan Malaysia meliputi Gazoo Racing Vios Sprint Cup dan Gazoo Racing Enduro Cup bersempena dengan perlumbaan Sepang 1,000 kilometer (km) Endurance.

Penstriman perlumbaan boleh ditonton melalui pautan toyota.com.my/tgrmalaysia/

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 6:21 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看