GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Selangor masih mencatatkan kes Covid-19 paling tinggi hari ini, menjadikan jumlah jangkitan baharu wabak berkenaan sebanyak 1,354 kes, dengan empat kematian direkodkan.

Namun, jumlah kes positif Covid-19 dalam negara terus mencatatkan penurunan di bawah 2,000, menjadikan jumlah kumulatif mencecah 322,409 dengan 16,279 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes baharu, 1,340 adalah penularan tempatan yang mana 1,042 warganegara dan 298 bukan warganegara dengan baki 14 adalah kes import.

"Selangor mencatatkan 557 kes diikuti Sarawak (178), Pulau Pinang (154), Johor (121) dan Perak (101).

"Empat kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan membawa kepada jumlah kumulatif 1,210 kes hingga kini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, seramai 158 pesakit pula sedang dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU) dengan 71 memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Dalam pada itu, seramai 1,782 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 306,274," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 5:31 PM
    含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看