BAGI satu sudu madu asli, kira-kira 40,000 kuntum bunga diperlukan. FOTO Arkib NSTP
BAGI satu sudu madu asli, kira-kira 40,000 kuntum bunga diperlukan. FOTO Arkib NSTP
Muhamaad Razis Ismail dan Nor ‘Asyikin Mat Hayin dan Nurul Husna Mahmud

Kuala Lumpur: Lambakan madu tiruan di negara ini sudah wujud sekian lama sehingga ia sukar dibendung.

Berdasarkan kajian pihak berkaitan, hampir 80 peratus madu di negara ini didakwa terdiri daripada madu tiruan yang dihasilkan di negara ini selain diimport.

Pemilik Aqif Kelulut Farm, Rohani Rani berkata, lebih menyedihkan, ia dijual secara terbuka seperti madu asli.

"Sebagai pengusaha, kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana tiada kuasa untuk mengambil tindakan.

"Permintaan terhadap madu tiruan ini juga tinggi dalam kalangan pengguna kerana pembungkusan yang menarik selain harganya murah.

"Kesannya, pengusaha madu asli yang terpaksa bertungkus-lumus meyakinkan pengguna," katanya.

Ditanya berkaitan madu tiruan yang diimport dari China dan didakwa dicampur arak, Rohani meragui kesahihan berita yang tular itu.

ROHANI (kanan) berkongsi dengan penduduk yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai madu kelulut.
ROHANI (kanan) berkongsi dengan penduduk yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai madu kelulut.

"Memang ada madu tiruan dari China, tetapi pada saya, apa keperluan dicampur arak di dalam madu kerana ia akan menambahkan kos.

"Sedangkan untuk hasilkan madu tiruan, anda hanya perlukan tiga bahan asas iaitu sukrosa, pewarna dan bahan lain," katanya.

Menurut Rohani, dalam usaha mengekang madu tiruan di negara ini, pengguna memainkan peranan sangat penting.

"Lambakan madu tiruan ini semakin berleluasa kerana masih ada permintaan dalam kalangan pengguna.

"Oleh itu, pengguna mempunyai kuasa untuk hentikan perkara ini dengan dapatkan sedikit ilmu supaya timbul kesedaran mengenai madu asli," katanya.

'Sukar bezakan dengan mata kasar'

Proses untuk mengenal pasti madu tiruan hanya boleh dilakukan menerusi ujian makmal.

Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Agrobiodiversiti dan Persekitaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Mohd Fahimee Jaapar berkata, amat sukar untuk membezakan madu asli dan tiruan dengan mata kasar.

"Daripada segi rasa memang tidak boleh dibezakan.

"Cuma sekiranya orang yang sudah arif dengan madu kelulut, mereka boleh kenal pasti daripada segi aroma bunga," katanya.

Menurut Mohd Fahimee, kaedah terbaik untuk mengesahkan keaslian madu adalah menerusi makmal dengan memeriksa kandungan Hydroxvmethylfurfural (HMF).

"Menerusi kandungan HMF ini, pembekal atau peniaga tidak boleh tipu kerana kita boleh kenal pasti sama ada madu itu asli, tiruan atau rosak.

"Kandungan HMF yang tinggi membuktikan madu itu tiruan atau rosak," katanya.

Faktor penyebab meningkatnya kadar HMF pada madu ialah proses pemanasan madu tanpa kawalan suhu panas.

Ditanya berkaitan madu diimport dari China dikatakan mengandungi arak, Mohd Fahimee memaklumkan yang dia tidak pernah tahu mengenainya.

"Saya tidak pernah tahu atau dengar berita yang tular itu," katanya.

Mohd Fahimee. FOTO Rohanis Shukri
Mohd Fahimee. FOTO Rohanis Shukri

Mengulas berkaitan madu tiruan di pasaran, Mohd Fahimee menasihati pembekal atau peniaga madu asli menambah baik kaedah pembungkusan madu.

"Menerusi cara ini, mereka dapat bersaing dengan madu tiruan.

"Selain itu, boleh dapatkan sijil pengesahan keaslian madu untuk tingkatkan keyakinan pengguna," katanya.

Menurut Mohd Fahimee, Mardi sentiasa berusaha mencari jalan terbaik untuk membantu penternak madu kelulut.

"Kami membantu memperkenalkan kaedah penternakan yang dapat meningkatkan hasil madu kelulut.

"Pada masa sama, kami menggalakkan setiap rumah mempunyai satu koloni lebah untuk elakkan penipuan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 1:00 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看