SKUAD Selangor gigih jalani latihan. FOTO Selangor FC
SKUAD Selangor gigih jalani latihan. FOTO Selangor FC
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Episod malang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Selasa lalu mahu segera dilupakan Selangor FC menjelang aksi ketiga Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok.

Kekalahan 1-3 kepada Terengganu FC sememangnya menyentap semangat skuad Red Giant yang sebelum itu tersenyum gembira apabila meraih kemenangan pertama pada aksi sulung musim ini dengan menundukkan Sri Pahang 3-1 pada minggu lalu.

Antara tonggak yang memperagakan aksi mengagumkan sudah tentunya pemain tengah dari Switzerland, Oliver Buff yang mencetak dua gol bertemu skuad Tok Gajah, namun sedikit tenggelam ketika berdepan skuad Penyu.

Jelas Buff, dia mahu rakan sepasukan kembali bangkit dengan memanfaatkan aksi di tempat sendiri untuk memungut tiga mata.

"Kita harus berikan aksi terbaik dan segala-galanya untuk meraih tiga mata maksimum pada malam esok," katanya yang cukup berpengalaman di pentas Eropah apabila pernah beraksi untuk Zurich FC di liga negaranya dan Real Zaragoza di Sepanyol.

Pertembungan dengan Kuala Lumpur yang juga aksi 'derby' dua jiran tetangga itu bakal memasuki perlawanan ke-80 bagi kedua-dua pasukan dengan Selangor melakar 50 kemenangan berbanding 15 oleh skuad Warga Kota dan 14 kali seri.

Malah, aksi terakhir kedua-dua seteru lama itu pada 2019 menyaksikan skuad Merah Kuning menang 2-1 dengan secara keseluruhannya 153 gol berjaya diledak Selangor.

Sementara itu, Selangor FC sah terpaksa melupakan khidmat pemain tengah bertahan, Halim Saari yang mengalami kecederaan ligamen dan berkemungkinan terpaksa berehat untuk sembilan bulan.

Dijangka, pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan akan kembali beraksi mengisi tempat Halim selepas dia mengalami cedera ringan sebelum ini untuk bergandingan semula bersama Buff.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mac 2021 @ 11:18 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看