KASMA akan beraksi dalam kelas ASB1000 dan kategori CP150 di Kejuaraan Cub Prix.
KASMA akan beraksi dalam kelas ASB1000 dan kategori CP150 di Kejuaraan Cub Prix.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Selepas semusim beraksi di saingan Moto2 pada Kejohanan Motosikal Dunia, Kasma Daniel Kasmayudin kembali beraksi dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) serta Kejuaraan Cub Prix Malaysia untuk musim 2021.

Bekas pelumba ONEXOX TKKR SAG Racing Team itu akan beraksi dalam kelas ASB1000 bersama Yamaha Factory Asean di saingan ARRC serta Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor dalam Kejuaraan Cub Prix menerusi kategori CP150.

"Saya mengambil keputusan meneruskan karier perlumbaan saya dan tidak sabar untuk beraksi semula di saingan Cub Prix dan Kejuaraan Motosikal Asia. Mungkin ramai bakal memberikan pandangan negatif terhadap keputusan saya ini tetapi bagi saya, keputusan ini wajar kerana ia akan memberi peluang kepada saya untuk terus menjadi pelumba profesional," kata Kasma.

Kepulangan pelumba berusia 21 tahun itu ke kancah ARRC dan Cub Prix sememangnya menarik perhatian ramai peminat.

Pada saingan Cub Prix, Kasma pernah memenangi gelaran juara CP115 pada 2015, diikuti juara CP130 pada 2016 dan mencatat sejarah sebagai pelumba pertama menjuarai kategori CP150 pada 2017.

Kasma pernah beraksi di Kejuaraan FIM CEV Repsol dan seterusnya ke kategori Moto2 pada musim 2020. Meskipun Kasma masih mempunyai baki kontrak bersama SAG Team sehingga hujung musim ini, namun dia serta pasukan dari Sepanyol itu mencapai persetujuan untuk berpisah dan tidak meneruskannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mac 2021 @ 10:30 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看