X
PEMAKAI lebih selesa biarpun
PEMAKAI lebih selesa biarpun
Muhamaad Razis Ismail


PENGELUAR produk sukan, Under Armour (UA) memperkenalkan kasut rekaan terbaharunya, UA Flow Velociti Wind untuk aktiviti larian.

Setiap produk UA diilhamkan atlet larian elit yang sentiasa mencari jalan penyelesaian paling inovatif untuk membantu mereka menjadi lebih baik.

Dalam sukan, setiap detik adalah penting dan pasukan UA berusaha mencipta kasut yang ringan dan pada masa sama dapat membantu pelari elit mencapai prestasi diinginkan ketika latihan.

Oleh itu, UA Flow Velociti Wind direka untuk pemakai

mencapai kelajuan pada jarak yang lebih jauh.

Selepas menjalani 17 pusingan ujian bahan mentah, sembilan pusingan ujian biomekanik, 15 pusingan ujian kasut dan lebih dari 17,702 kilometer ujian penggunaan selama tiga tahun, UA akhirnya berjaya mencipta 'midsole' UA Flow yang serba baharu.

UA Flow Velocity Wind mencengkam permukaan dengan lebih baik.
UA Flow Velocity Wind mencengkam permukaan dengan lebih baik.

Inovasi terbaharu UA yang ringan, mempunyai tindak balas yang baik, mengembalikan tenaga dan memiliki cengkaman yang kuat semestinya menjadi pilihan kepada pelari profesional.

UA Flow Velociti Wind direka dengan reka bentuk 'disruptive' dan sistem kusyen semua dalam satu untuk menggantikan tapak kasut getah, sekali gus mengurangkan berat antara 56.6 gram (g)hingga 85g berbanding purata berat kasut larian yang lain.

Malah UA flow turut menggunakan teknologi 'midsole' yang paling ringan dan tahan lasak dalam koleksi kasut sukan UA sedia ada untuk aktiviti larian.

 INOVASI terbaharu yang meringankan kasut.
INOVASI terbaharu yang meringankan kasut.

Kasut ini turut dilengkapi dengan UA Wrap yang memiliki ciri-ciri pita sokongan yang berfungsi sama seperti tali pinggang keledar untuk menjamin prestasi pemakai.

Pada masa sama, UA Flow Velocity Wind mencengkam permukaan dengan lebih baik supaya pemakai boleh berlari dengan penuh yakin sama ada di permukaan simen yang basah hingga ke jalan kerikil tidak rata.

Tapak kasut tanpa getah UA Flow memberi daya cengkaman yang lebih tinggi tanpa tergelincir ketika berlari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mac 2021 @ 6:11 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看