Mokhzani Ismail.
Mokhzani Ismail.
Oleh Georgie Joseph


Shah Alam: Intipati mesej kuat dan melodi segar menjadi faktor utama lagu Gila ciptaan Ezra Kong, Noki, dan Loca B diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), malam tadi.

Ketua jurinya, Datuk Mokhzani Ismail menjelaskan, pembaharuan karya sebegitulah yang mereka cari apa lagi secara keseluruhannya lagu berkenaan memang cukup kuat.

"Setiap tahun, kami mencari pembaharuan dalam lagu bertanding tapi 'baharu' yang berkualiti. Gila mengangkat genre rap dan etnik dengan ciptaan teknikal serta elemen komersial yang diterima ramai.

"Lirik dan intipatinya merangkumkan keadaan terkini mengenai pandemik yang kita hadapi. Percaturan meletakkan tiga penyanyinya juga berjaya mencipta keserasian padu sekali gus melonjakkan lagu itu," katanya.

Mokhzani juga akur sekiranya keputusan itu masih menjadi pertikaian warganet, namun katanya ia adalah keputusan muktamad panel juri.

"Kita perlu ada keberanian untuk cari perubahan dalam hal ini. Tak kisahlah keputusan kami dilabel 'gila', namun ia adalah pilihan terbaik," katanya.


Terdahulu, lagu Gila yang turut dinyanyikan Noki, Loca B, dan Kaka Azraff, muncul juara menewaskan 11 lagu lain pada AJL35 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Berkongsi mengenai kemenangan itu, Ezra berkata lagu terbabit diinspirasikan daripada kisah benar. Dia juga menyifatkan pemilihan tiga penyanyi berkenaan sememangnya tepat untuk karya itu.

"Idea menulis lagu itu saya dapat sewaktu mendapat mesej daripada seorang individu di Instagram. Individu itu berdepan dugaan untuk merantau di mana, dia takut dengan situasi 'gila' di bandar.

"Ditambah pula dengan lirik rap tulisan Noki dan Loca B yang hebat serta bergabung dengan Kaka, itulah magis sebenar lagu ini," katanya.

Naib juara disandang lagu Semalam ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, tempat ketiga milik Belenggu Rindu (Ezra Kong dan Hael Husaini, Vokal Terbaik milik Ernie Zakri (Gundah), manakala Persembahan Terbaik milik Zizi Kirana (Eh!).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 7:14 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看