X
SYAZUWAN dan Wafariena sebagai teraju utama drama Baby Tak Gila.
SYAZUWAN dan Wafariena sebagai teraju utama drama Baby Tak Gila.
Norhayati Nordin


MESKI industri kreatif tempatan berdepan impak di luar jangka akibat pandemik Covid-19 sejak tahun lalu, pelbagai usaha tetap dibuat bagi memastikan kelangsungan penghasilan drama terbaharu untuk tatapan penonton.

Sehubungan itu, bagi tahun ini produksi Pencil Pictures & Records Sdn Bhd tampil dengan sebuah drama baharu berjudul Baby Tak Gila yang disiarkan Unifi TV mulai 10 Mac lalu.

Drama dengan 16 episod arahan Nizam Zakaria ini ditayangkan dari Isnin hingga Khamis, jam 9 malam serta menampilkan barisan pelakon seperti Ellie Suriaty, Nazia Mustafa, Syazuwan Hassan, Wafariena, Tunku Hanis dan Zera Hariz.

Penerbitnya, Datuk Normashayu Puteh berkata, keseluruhan aktiviti penggambaran drama Baby Tak Gila dijalankan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tahun lalu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Malah keseluruhan warga kerja produksi saya serta pelakon yang terbabit dalam drama ini 'diwajibkan'

menjaga segala bentuk SOP yang ditetapkan dan ia sama sekali tidak dilanggar langsung.

"Tak dinafikan, membuat penggambaran ketika tempoh PKPB memang ada pelbagai cabaran dan dugaan, tapi ini adalah tanggungjawab perlu sedia digalas dalam apa juga keadaan kerana setiap kerja itu perlu diselesaikan sebaik mungkin.

TUNKU Hanis bawa watak Tasha.
TUNKU Hanis bawa watak Tasha.

"Justeru, saya tetap berterima kasih kepada kerajaan serta pihak berwajib yang memberi kebenaran penggambaran dan sanggup juga datang ke lokasi melihat kami yang bekerja dalam industri kreatif ini berusaha menyiapkan sesuatu produk," katanya.

Menurut Normashayu, untuk lagu tema drama Baby Tak Gila pula, beliau mempertaruhkan dua single solo nyanyian anak-anaknya iaitu Fian Ali dengan lagu Ala Shayang dan My Boo dendangan Alif Ali yang video liriknya sudah dilancar di YouTube pada 19 Februari lalu.

Berbicara juga mengenai lokasi penggambaran katanya,

drama ini menjalankan 'shooting' pada November tahun lalu di sekitar Lembah Klang dan Langkawi, Kedah.

Sehubungan itu, drama Baby Tak Gila mengisahkan Baby lakonan Wafariena yang mempunyai sikap pelik sejak kecil yang membuatkan dua kakaknya, Tasha (Tunku Hanis) dan Mimie (Zera Hariz) tertekan dengan adik mereka.

Ditambah, perangai manja terlampau Baby itu hanya rela dilayan oleh ibu mereka, Fauziah (Ellie Suriaty) yang ada kala dianggap tidak masuk akal. Apatah lagi, Baby sudah terbiasa hidup senang sejak kecil kerana kasih sayang melimpah-ruah daripada arwah datuk mereka hingga Tasha dan Mimie iri hati.

ELLIE Suriaty (dua dari kiri) bersama sebahagian daripada pelakon Baby Tak Gila.
ELLIE Suriaty (dua dari kiri) bersama sebahagian daripada pelakon Baby Tak Gila.

Apapun, Baby nekad mahu hidup berdikari selepas dia mendapat tawaran kerja daripada rakan lama ibunya, Datuk Alin (Nazia Mustafa). Tindakan Baby itu sebagai menyahut kata-kata terakhir arwah datuknya yang mahu dia belajar berdikari dengan menerokai dunia luar.

Baby yang bekerja di syarikat Datuk Alin berkenalan dengan seorang lagi majikannya, Akram (Syazuwan Hassan) yang tidak bersetuju Baby menjadi pembantu peribadi yang dipilih oleh ibunya itu.

Mengapa Datuk Alin begitu tertarik memberi tawaran kerja kepada Baby di syarikatnya? Mampukah Akram bertahan dengan sikap Baby yang tidak tahu membuat apa-apa kerja sebagai pembantu?

Segala jawapan tentunya ada dalam drama Baby Tak Gila yang padat dengan plot penceritaan merangkumi kisah kekeluargaan, percintaan, konflik serta kasih sayang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 6:00 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看