MOHAMAD Shafry menunjukkan produk kerepek keluaran syarikatnya.
MOHAMAD Shafry menunjukkan produk kerepek keluaran syarikatnya.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Kerepek Ibu Enterprise yang memasarkan produk keluarannya di bawah jenama Kepek Ibu yakin jualannya akan mencecah 10 hingga 15 tan sepanjang musim perayaan ini.

Pemiliknya, Mohamad Shafry Mohamad berkata, bagi hari biasa pihaknya mampu menjual kira-kira satu ke dua tan kerepek ubi sebulan membabitkan nilai mencecah RM40,000.

Katanya, permintaan terhadap Kepek Ibu turut disumbangkan melalui 15 stokis dan 100 ejen jualannya yang terdapat di seluruh Malaysia.

"Kami menggunakan platform dalam talian 100 peratus bagi memasarkan Kepek Ibu dan kapasiti pengeluaran kilang kita mencukupi iaitu sekitar tiga ke lima tan seminggu.

"Kelebihan Kepek Ibu ini adalah dari segi pelbagai perisa yang ditawarkan, hirisannya yang nipis dan paling penting kerangupan setiap kerepek yang dihasilkan.

"Malah, dari segi pembungkusan kami menggunakan plastic jenis zip lock supaya mudah dimakan dan disimpan," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, Kepek Ibu dijual hanya RM10 bagi setiap 280 gram dan antara perisa ditawarkan termasuk pedas basah, pedas kering, BBQ serta masin dan terbaharu perisa tomyam.

Mohamad Shafry berkata, pihaknya turut menjual kerepek pisang tanduk, pisang nangka dan jejari bilis.

Katanya, walaupun turut terkesan dengan pandemik Covid-19 namun dia bersyukur permintaan terhadap Kepek Ibu sentiasa ada dan masih membuka peluang menjadi ejen dengan modal serendah RM280.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 9:03 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看