Abdul Jalil tidak pulang ke rumahnya di Sungai Setar Kecil, Nibong Tebal sejak 17 Februari lalu. Foto Ihsan PDRM
Abdul Jalil tidak pulang ke rumahnya di Sungai Setar Kecil, Nibong Tebal sejak 17 Februari lalu. Foto Ihsan PDRM
Nur Izzati Mohamad

Nibong Tebal: Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang nelayan yang dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumahnya di Sungai Setar Kecil di sini, sejak 17 Februari lalu.

Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan daripada kakak mangsa yang berusia 53 tahun mengenai kehilangan adik lelakinya, Abdul Jalil Abu Bakar, 52.

"Kakak mangsa memaklumkan bahawa adik lelakinya itu masih belum berkahwin dan tinggal bersama ibu mereka masih tidak pulang ke rumah.

"Terdahulu, dia menerima panggilan telefon dari anaknya yang memaklumkan bahawa nelayan dari Tanjung Piandang, Perak menemui botnya di kawasan muara sungai kawasan terbabit.

"Bagaimanapun, adiknya itu tiada dalam bot berkenaan dan ia menyebabkan dirinya serta ahli keluarga lain bimbang akan keselamatan mangsa lalu membuat laporan polis," katanya di sini, hari ini.

Orang awam yang mempunyai maklumat atau menjumpai mangsa boleh menghubungi Timbalan Ketua Polis Balai Polis Sungai Acheh Sarjan Abd Rahman Bakar di talian 04-5934322 atau 017-4819384.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 12:55 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看