Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 301,699 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sudah menerima dos pertama vaksin setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 36,163 individu, diikuti Perak (33,036), Sarawak (31,527) dan Kuala Lumpur (28,244).

"Di Sabah seramai 26,446 individu, Pahang (25,325), Johor (22,965), Kedah (18,539), Pulau Pinang (16,758), Kelantan (15,411) dan Terengganu (14,137).

"Di Negeri Sembilan pula seramai 12,209 individu, Melaka (7,963), Perlis (6,807), Putrajaya (3,827) dan Labuan (2,342)," katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari lalu, menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 12:04 PM
    含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看