Laporan Harian Metro sebelum ini.
Laporan Harian Metro sebelum ini.
Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Dua lelaki yang disyaki terbabit melakukan penganiayaan terhadap anjing liar dengan memanah haiwan itu sehingga mati di Seberang Jalan Putra di sini, direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, reman terhadap mereka bermula hari ini hingga 17 Mac ini.

Dalam kejadian itu, polis menerima laporan daripada seorang pengadu yang memaklumkan kejadian anjing dipanah sehingga mati di Seberang Jalan Putra seperti yang tular di media sosial kelmarin.

Pengadu memaklumkan perkara itu selepas dia melihat status yang dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook mengenai anjing liar yang mati dibunuh dengan panah di kawasan berkenaan.

Berikutan itu, polis menahan dua lelaki berkenaan secara berasingan pada 4 dan 5 petang di sebuah kelab golf di Jitra dan tepi jalan Kampung Hilir, Kepala Batas di sini semalam, untuk membantu siasatan.

Kedua-dua lelaki itu kemudiannya kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 45 Akta Binatang 1953.

Berita berkaitan

? JPV buru pemanah bunuh anjing liar

? 2 lelaki ditahan panah, bunuh anjing liar [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 11:53 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看