Gambar hiasan
Gambar hiasan
Shahrinnahar Latib


Kuantan: Hasrat seorang kontraktor untuk membuat pinjaman tidak kesampaian, malah terpaksa menanggung kerugian RM40,000 selepas diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula pada 11 Mac lalu apabila mangsa lelaki berusia 31 tahun itu melayari satu laman web dan tertarik dengan iklan pinjaman wang.

"Mangsa kemudian menghantar mesej kepada satu nombor telefon kononnya syarikat pinjaman wang berlesen yang mangsa peroleh di laman web berkenaan.

"Mangsa kemudian berhubung dengan seorang ejen syarikat berkenaan sebelum bersetuju membuat pinjaman wang sebanyak RM150,000," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian diminta untuk membuat pembayaran wang duti setem kononnya untuk tujuan proses pinjaman berkenaan, sebelum kontraktor itu memasukkan wang seperti yang diminta.

Katanya lagi, mangsa kemudian dihubungi oleh seorang lagi suspek yang mendakwa pendapatan mangsa tidak mencukupi dan perlu membayar, jika mahu pinjaman berkenaan diluluskan.

"Mangsa yang tidak mensyaki apa-apa kemudian mengikut segala arahan yang diberikan oleh suspek dan membuat pelbagai bayaran menjadikan jumlah keseluruhan wang yang dipindahkan berjumlah RM40,000," katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa mula merasa curiga kerana pinjaman dipohon sehingga kini gagal diluluskan syarikat itu.

"Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 9:42 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看