TAID Jepit.
TAID Jepit.
Erika George


Betong: Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Skrang, dekat sini, semalam.

Dia dikenali sebagai Taid Jepit, 61, berasal dari Rumah Panjang Francis Jua, Kaong Skrang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 6.45 petang.

Beliau berkata, hasil maklumat awal daripada saksi, mangsa dikatakan memancing seorang diri di tebing sungai sebelum menyedari mata kail yang digunakannya itu tersangkut dalam air.

Justeru itu katanya, saksi ternampak mangsa menyelam ke dasar sungai dan tidak lagi muncul selepas beberapa ketika.

"Saksi kejadian percaya mangsa dibaham buaya semasa berada dalam air kerana mereka ternampak gelembung air yang kuat keluar di lokasi mangsa menyelam," katanya.

Bagaimanapun katanya, usaha pencarian mangsa katanya tidak dapat dijalankan pada hari sama kerana hari sudah beransur gelap.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pasukan bomba di hari ini dengan bantuan penduduk kampung," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 8:15 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看