FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Muhamaad Razis Ismail dan Nor ‘Asyikin Mat Hayin dan Nurul Husna Mahmud


Kuala Lumpur: Jumlah dagangan madu asli di Malaysia meningkat RM3.1 juta kepada RM54 juta bagi 2020 berbanding RM51 juta pada 2019.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) pada kenyataan berkata, jumlah dagangan itu merangkumi aktiviti eksport dan import.

"Manakala jumlah dagangan madu diproses berjumlah RM597.3 juta.

"Nilai eksport madu diproses pula RM418.7 juta, melebihi import yang hanya RM178.6 juta," katanya.

Menurut kenyataan, Malaysia mengeksport madu asli ke 10 negara dengan jumlah keseluruhan RM5.03 juta.

"Kita eksport ke Singapura, China, Somalia, Taiwan, Indonesia, Algeria, Hong Kong, Yemen, Brunei dan Amerika Syarikat," katanya.

Jumlah eksport paling tinggi ialah Singapura iaitu RM2,856,146, diikuti China (RM446,394), Somalia (RM320,160), Taiwan (306,775), Indonesia (RM302,867), Algeria (RM281,419), Hong Kong (RM274,360), Yemen (RM230,804), Brunei (RM129,990) dan Amerika Syarikat (RM119,332).

Sementara itu, katanya, import madu pula berjumlah RM44,461,790.

Ia membabitkan import dari China iaitu sebanyak RM8,472,776, Taiwan (RM7,800,068), New Zealand (RM7,929,146), Australia (RM8,750,219), Thailand (RM4,666,905), Amerika Syarikat (RM2,698,398), Argentina (1,478,955), Iran (RM1,047,418), India (RM849, 775) dan Perancis (RM768,130).

Jelasnya, madu dikategorikan kepada dua jenis berdasarkan kod sistem terharmoni (HS Code) iaitu madu asli dan madu diproses.

"Madu proses adalah campuran gula (termasuk gula songsang (gula ringkas glukosa dan fruktos), gula lain dan air gula campuran yang mengandungi dalam keadaan kering 50 peratus berat fruktosa," katanya.

INFOGRAFIK
INFOGRAFIK

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 6:40 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看