DUA pendaki diselamatkan selepas tersesat sehingga di Bukit Persiaran Sungai Emas, Tanjung Bungah. FOTO Ihsan JBPM.
DUA pendaki diselamatkan selepas tersesat sehingga di Bukit Persiaran Sungai Emas, Tanjung Bungah. FOTO Ihsan JBPM.
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Dua individu ditemukan selamat selepas tersesat lima kilometer (km) ketika mendaki Bukit Persiaran Sungai Emas, Tanjung Bungah, di sini, hari ini.

Kedua-duanya, seorang lelaki berusia 40 tahun dan wanita berusia 32 diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas menerima panggilan pada 7.16 malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, mereka dipercayai sesat dan gagal turun selepas melakukan aktiviti mendaki di bukit berkenaan.

"Mangsa dapat dihubungi menerusi panggilan telefon dan usaha mencari dan menyelamat dilakukan berpandukan kedudukan lokasi yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, mangsa ditemukan satu jam kemudian pada jarak lima kilometer dari kaki bukit.

"Kedua-duanya selamat tanpa sebarang kecederaan. Operasi tamat pada 9.08 malam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 11:46 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看