GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Terengganu: Pejabat Kesihatan Terengganu hari ini menafikan satu maklumat yang tular di media sosial, kononnya berlaku penularan pandemik Covid-19 di tujuh sekolah di daerah Dungun.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mengenai perkara itu.

"Hentikan penyebaran maklumat tidak benar ini kerana ia hanya akan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

"Pastikan maklumat yang diperoleh dari sumber sahih sahaja sebelum dikongsi dan disebarkan di media sosial," katanya ketika dihubungi.

Tular di media sosial kononnya berlaku penularan Covid-19 di tujuh sekolah di daerah berkenan yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Paka; SK Paka 2; SK Paka 3; SK Sura; SK Pulau Serai; SK Padang Pulut dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Sin Chone, yang dikatakan berpunca dari kakitangan Petronas yang positif wabak itu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 8:26 PM
    含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看