GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pengurus hartanah syarikat minyak dan gas serta isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana dipercayai menerima rasuah dan melakukan pengubahan wang haram membabitkan RM3.4 juta.

Menurut sumber, pasangan terbabit ditahan jam 2 petang ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sumber berkata, pengurus hartanah itu dikatakan menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan selepas mereka dianugerahkan dengan projek pembinaan pam minyak sejak 2017 hingga 2019.

"Wang rasuah itu kemudian dipercayai diubah oleh suspek seperti dilabur dan digunakan untuk membeli kereta mewah.

"Terdapat sejumlah wang kira-kira RM684,000 dipindahkan daripada akaun simpanan pasangan itu kepada akaun deposit tetap," katanya.

Sumber berkata, selain itu, suspek juga menyimpan wang tunai berjumlah kira-kira RM1.9 juta serta mata wang asing yang dianggarkan berjumlah RM300,000.

"Difahamkan, pasangan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam esok bagi menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFAPUAA)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 7:32 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看