Zuraida (kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana Fasa 2, Johor Bahru. FOTO ZAIN AHMED
Zuraida (kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana Fasa 2, Johor Bahru. FOTO ZAIN AHMED
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Taman Bukit Layang-Layang di Pasir Gudang akan dinaik taraf sebagai Taman Awam di negeri ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, langkah menaik taraf Taman Bukit Layang-Layang itu selaras dengan aspirasi kementeriannya supaya setiap negeri mempunyai Taman Awam menjelang 2030.

Katanya, setakat ini hanya sebuah Taman Awam diwujudkan di negara iaitu Taman Awam Bukit Kiara di Kuala Lumpur.

"Potensi Taman Bukit Layang-Layang di Pasir Gudang cukup besar apatah lagi ia turut mempunyai muzim layang-layang pertama Malaysia.

"Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersetuju menaik taraf Taman Bukit Layang-Layang Pasir Gudang menjadi Taman Awam kedua di negara ini berikutan keunikan dan potensi pelancongannya," katanya kepada media selepas meninjau PPR Sungai Melana Fasa II hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

Terdahulu, Zuraida turut meninjau Taman Bukit Layang-Layang selain tapak penjaja di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Sementara itu, Zuraida berkata, KPKT meluluskan peruntukan berjumlah RM2.45 juta kepada MBPG bagi pelbagai kerja naik taraf di kawasan berkenaan.

"Ia termasuk kerja membina dan membaik pulih gerai makan dan tapak penjaja di Jalan Meranti 5, Taman Rinting, Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas dan Parlimen Pasir Gudang selain di Jalan Persiaran Scientex dan Taman Scientex.

"Peruntukan itu juga membabitkan kerja membina dan baik pulih tapak penjaja di Jalan Sena 10, Jalan Sena dan Taman Air Biru selain kerja membaiki cerun runtuh di Kampung Sentosa Barat, DUN Tiram, Parlimen Tebrau dan Pasir Gudang, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 7:22 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看