Abdul Hadi menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering. FOTO ZAID SALIM
Abdul Hadi menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering. FOTO ZAID SALIM
Zaid Salim


Kuala Terengganu: "Mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 adalah antara ikhtiar selain bertawakal kepada Allah," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menerima suntikan vaksin itu di Klinik Kesihatan Chendering, di sini, hari ini.

"Usaha mencegah sebelum sakit itu sangat penting dan pengambilan vaksin adalah ikhtiar dalam usaha mencegah pandemik Covid-19 daripada merebak," katanya.

Abdul Hadi, 74, antara penerima vaksin Covid-19 tertua di Malaysia selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 96, dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, 95.

Menurut Abdul Hadi, beliau sudah biasa mendapat rawatan di hospital dan suntikan vaksin Covid-19 adalah perkara biasa buat dirinya.

Katanya, setiap dua minggu beliau akan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan prosedur vaksinasi Covid-19 yang dijalani sama seperti rutinnya mendapatkan rawatan di hospital.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 7:18 PM
    含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看