GAMBAR hiasan.  FOTO Bernama.
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama.
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Lingkudau, Keningau, Sabah bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai peningkatan mendadak kes Covid-19 di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

"Sehingga 12 Mac lalu, KKM melaksanakan 102 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 19 kes positif direkodkan.

"Selepas penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Lingkudau, Keningau bermula 15 Mac hingga 28 Mac ini," katanya dalam kenyataan harian mengenai perkembangan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD itu untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan penamatan PKPD Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan, Pahang, hari ini, iaitu lima hari lebih awal daripada dijadualkan.

"Kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di Kuarters Sri Jelutung yang dijadualkan tamat pada 19 Mac ini.

"Sehingga kini, KKM melaksanakan 80 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak empat kes positif direkodkan," katanya.

Menurutnya, KKM mengesahkan semua keputusan sampel kedua untuk kontak rapat seramai 76 orang adalah negatif dan tiada lagi sampel menunggu keputusan.

"Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kita bersetuju untuk menamatkan PKPD di kuarters ini hari ini," katanya.

Mengenai perkembangan berkaitan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan PKPB dan PKPP, Ismail Sabri berkata, seramai 337 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) setakat semalam.

"Daripada jumlah itu, 289 dikenakan kompaun dan 48 direman, malah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal masih menunjukkan kesalahan tertinggi direkodkan iaitu 109 kes diikuti aktiviti pusat hiburan pula 72 kes.

"Selain itu, seramai 42 individu ditahan kerana rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran manakala 41 orang diambil tindakan akibat tidak memakai pelitup muka," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 6:08 PM
    含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看