GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tiga lagi kluster baharu hari ini membabitkan dua tempat kerja dan satu dalam komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Jalan Tun Mutalib Tiga adalah kluster tempat kerja membabitkan daerah Kota Tinggi di Johor di mana kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-309,258) dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.

Menurutnya, kluster ini membabitkan pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tun Mutalib 3, Kawasan Perindustrian, Bandar Tenggara, Kota Tinggi di mana sejumlah 469 individu sudah disaring dengan 10 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

"Satu lagi kluster tempat kerja adalah Kluster Jalan Sutera membabitkan daerah Hulu Langat di Selangor di mana kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 10 Mac lalu hasil saringan bersasarpekerja sebuah kilangyang terletak di Jalan Sutera 1/5A, Bukit Angkat, Kajang.

"Sehingga hari ini, 26 individu disaring, lapan kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kluster komuniti pula adalah Kluster Begalak membabitkan daerah Sibu dan Song di Sarawak di mana kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-317,522) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Mac lalu hasil saringan individu bergejala.

"Penularan kes-kes dalam kluster ini berlaku di Sungai Begalak, Batang Rajang, Song serta lokaliti kediaman kes-kes yang terletak di sekitar daerah Song dan Sibu.

"Sehingga hari ini, 335 individu disaring, 49 kes positif Covid-19 dalam kluster ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 5:53 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看