GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuala Terengganu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di setiap negeri disaran bekerjasama dengan agensi kerajaan atau swasta bagi mendapatkan atau menyewa perkhidmatan dron, dalam membantu operasi memadam kebakaran hutan dan tanah gambut yang berskala besar.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Soiman Jahid berkata, inisiatif itu dapat membantu pihak bomba untuk mengenal pasti keluasan kawasan kebakaran dan menentukan tindakan yang perlu dilakukan.

"Pada masa ini penggunaan dron belum dikembangkan ke peringkat negeri, sebaliknya hanya di peringkat Ibu Pejabat JBPM yang mana ia di bawah kendalian Unit Udara.

"(Pada masa ini) Sekiranya berlaku kebakaran hutan atau kemalangan berskala besar, bomba negeri yang ingin mendapatkan perkhidmatan dron perlu mengemukakan permohonan kepada ibu pejabat dan anggota dari Unit Udara akan turun ke lokasi," katanya dan menambah ini akan melambatkan proses untuk penggunaan dron berkenaan.

Sebaliknya beliau berkata, penggunaan dron melalui kerjasama atau sewaan itu, akan memudah dan mempercepatkan lagi operasi mengawal dan memadam kebakaran.

Sementara itu katanya, berdasarkan statistik, terdapat 1,662 kes kebakaran direkodkan di Terengganu sepanjang tahun lalu membabitkan pelbagai jenis kebakaran termasuk kebakaran hutan dan tanah gambut.

"Sementara, bagi tempoh Januari 2021 hingga hari ini sebanyak 307 kes kebakaran dicatatkan di Terengganu," katanya.

Beliau turut memaklumkan terdapat 20 lokasi berisiko tinggi di negeri ini, yang boleh menyebabkan kebakaran besar berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 5:51 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看