GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Asrol Awang


Bera: Sebuah kelab rekreasi di Triang, di sini, dikompaun RM50,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, kompaun itu dikeluarkan kerana kelab itu melakukan kesalahan mengadakan tarian singa dan tiada penjarakan meja makan.

Katanya, berdasarkan laporan, pihaknya menerima maklumat berlangsung penganjuran majlis perasmian sebuah kelab pada 12.30 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan, kelab terbabit didapati melanggar peraturan SOP PKPP iaitu mengadakan tarian singa dan tiada penjarakan meja makan.

"Berikutan itu, kompaun RM50,000 dikeluarkan terhadap pengerusi kelab berumur 47 tahun itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berkuat kuasa 11 Mac lalu, individu yang melanggar SOP ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 akan berdepan kompaun sehingga maksimum RM10,000.

Syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama pula boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000.

Kadar kompaun baharu itu mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 5:32 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看