GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
BERNAMA

Alor Setar: Sebarang perkembangan mengenai Undi 18 perlu datang daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelaksanaan dasar itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, ini kerana perkara itu yang membabitkan pindaan Perlembagaan Persekutuan sudah diluluskan oleh Parlimen.

"Kerajaan dahulu sudah membuat pindaan (terhadap) Artikel 47 dan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan dan bila sudah dipinda perkara itu terpaksa diambil tindakan oleh SPR.

"SPR bukan urusan kerajaan walaupun ia adalah jabatan kerajaan, tetapi ia adalah suruhanjaya bebas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin, di sini, hari ini.

Usia minimum mengundi rakyat Malaysia direndahkan kepada 18 tahun berbanding 21 sebelum ini selepas Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 dan seterusnya oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019.

Sementara itu, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kenyataan menggesa SPR mengeluarkan kenyataan tegas berhubung pelaksanaan Undi 18 tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pemimpin politik.

Presiden Parti Warisan Sabah itu turut menuntut SPR mengadakan lebih banyak libat urus dengan semua pemegang taruh termasuk parti politik pembangkang dalam menjayakan Undi 18 itu.

"Sebarang penangguhan dalam proses ini pastinya akan menjejaskan mood anak muda untuk turut sama terlibat dalam pemulihan sistem demokrasi dalam negara kita," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 5:19 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看