Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang baik sehingga membuatkan ramai ahli Parlimen 'tertarik' .

"Saya nampak kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini adalah salah sebuah kerajaan yang baik, maka saya fikir dalam hati ramai orang ahli parlimen atau di kalangan rakyat ramai yang sudah tertarik kepada kerajaan PN.

"Jadi apabila mereka sudah mula terfikir-fikir hendak memberi sokongan kepada kerajaan itu (ia) masuk akal, jadi kemungkinan ada kebenaran yang disebut Tan Sri Annuar Musa itu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mendedahkan antara tujuh hingga lapan individu lagi berkemungkinan keluar parti untuk menyatakan sokongan kepada PN.

Sebelum ini media melaporkan Beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang dijangka mengikut jejak langkah Datuk Dr Xavier Jayakumar untuk meninggalkan parti masing-masing.

Menurut laporan itu, Annuar dipetik berkata, beliau difahamkan seramai tujuh hingga lapan orang lagi 'kawannya' memberi indikasi dan bersedia menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.

AHMAD Faizal Azumu. FOTO Balqis Jazimah Zahari
AHMAD Faizal Azumu. FOTO Balqis Jazimah Zahari

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 5:13 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看