Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: PAS akan menghantar surat kepada Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah bagi menzahirkan kekesalan terhadap kenyataannya melabelkan parti itu sebagai 'pelacur politik'.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu diputuskan di dalam mesyuarat parti, semalam untuk menghantar surat kepada pemimpin veteran terbabit yang disifatkan tidak wajar berikutan hubungan baik antara PAS dan Umno di dalam Muafakat Nasional (MN).

"Parti mempunyai saluran dan mesyuarat MN juga berjalan dua minggu sekali selain mempunyai platform untuk membincangkan pelbagai isu, tetapi menggunakan media secara terbuka menyerang rakan-rakan di dalam MN tidak sewajarnya berlaku.

"Saya melihat isu ini pandangan peribadi beliau, bukan mewakili parti pun cuma kedudukan dia itu agak tinggi sebab itu kita ambil perhatian, kalau ahli biasa, kita buat tak tahu.

"Tetapi bila penasihat, dia (Ku Li) kena jadi penasihat bukan 'punahsihat', jadi bila penasihat harus jadi penasihat, namun daripada segi hubungan (dalam MN), saya rasa tidak terjejas sebab itu bukan pendirian parti tetapi pandangan peribadi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh yang melabelkan PAS sebagai 'pelacur politik' yang perlu ditewaskan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika wawancara dengan sebuah portal berita.

Berita berkaitan:

  • PAS enggan layan tuduhan 'pelacur politik'
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 5:10 PM
    含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看