GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah memutuskan untuk membenarkan bas ekspres beroperasi semula berkuat kuasa esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, yang juga jurucakap rasmi Covid-19 di Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata, bagaimanapun terdapat beberapa ketetapan yang perlu dipatuhi pengusaha.

"Setiap penumpang yang melintas zon ditetapkan kerajaan negeri sebelum ini perlu mendapat kebenaran dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.

"Pengusaha bas hanya boleh mengambil dan menurunkan penumpang di terminal sahaja dan tidak dibenarkan untuk singgah di mana-mana perhentian termasuk restoran serta kapasiti bas dihadkan sebanyak 50 peratus sahaja.

"Pengusaha dan pemandu bas juga berhak untuk menghalang penumpang menaiki bas sekiranya bergejala di samping memberi peringatan berkala mengenai pemakaian pelitup muka serta mengurangkan interaksi," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Selain itu, Masidi berkata, selain itu, pengusaha perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) lain seperti pemeriksaan suhu, pendaftaran dengan menggunakan MySejahtera atau secara manual serta proses sanitasi juga ditekankan kepada pengusaha bas.

Hari ini, Sabah mencatatkan jumlah kes positif baharu Covid-19 sebanyak 71 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,864 kes dan tiada kematian direkodkan.

Mengulas mengenai status vaksinasi di Sabah, Masidi berkata, seramai 1,494 individu sudah menerima suntikan vaksin menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 22,464 orang.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 9:18 PM
    含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看