Muhammad Saufi Hassan

Pengeluaran peranti pintar untuk tahun ini diramal akan lebih stabil berbanding tahun lalu apabila pandemik Covid-19 nampaknya semakin mengurang termasuk kewujudan vaksin yang membantu pemulihan secara komuniti.

Sebuah firma analisis terkemuka menyatakan bahawa penjualan peranti pintar untuk suku pertama tahun ini akan meningkat 50 peratus iaitu mencecah penjualan sebanyak 340 juta unit.

Ia juga antara lain disumbangkan oleh peranti baharu keluaran Apple iaitu variasi iPhone 12 yang semakin popular dalam perkongsian pasaran dunia.

Berdasarkan satu laporan DigiTimes menyatakan bahawa Apple akan mendominasi perkongsian pasaran dengan penjualan lebih 60 juta unit peranti untuk suku pertama tahun ini.

Menerusi jangkaan itu, Apple akan menjadi pengeluar peranti pintar paling popular untuk tempoh enam bulan yang berakhir pada 31 Mac ini dengan menyaksikan syarikat itu merekodkan jumlah penghantaran mencecah 150 juta unit.

Ini juga menandakan kenaikan 38 peratus daripada tempoh yang sama dari tahun lalu.

Samsung Electronics pula dijangka akan berada di tempat kedua untuk tempoh sama apabila jumlah penghantaran peranti pintar mereka menjangkau antara 60 hingga 65 juta unit bagi suku keempat tahun lalu dan suku pertama tahun ini.

Xiaomi pula dijangka akan berada di tempat ketiga dan syarikat berkenaan giat memasarkan pelbagai segmen produk pintar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 10:22 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看