X
Oleh Muhammad Saufi Hassan

?

Pemilik desktop kelas permainan pastinya mementingkan aliran udara yang baik di dalam 'rumah' atau 'casing' set mereka untuk menjamin suhu berada di tahap paling minimum.

? Terdapat pelbagai model serta jenama yang ditawarkan berada di pasaran namun tidak semua yang menawarkan pengaliran udara yang baik.

? Untuk itu, jenama terkemuka kelas permainan, MSI menawarkan 'PC Case' mereka daripada generasi MPG GUNGNIR Siri 110 daripada kelas kerangka pertengahan (Mid Tower Case).

? Untuk kerangka ini, sambungan sokongan depan menawarkan dua port USB termasuk satu port USB jenis C bersama-sama dengan butang kawalan lampu LED yang memudahkan pengguna menukar tetapan penyeragaman lampu.

? Panel bahagian depan dibina menerusi 'Anterior Kaca' bersama-sama dengan penapis habuk serta kerangka ini memuatkan saiz radiator penyejuk 360mm tanpa sebarang masalah.

? Sesuai dengan trend semasa iaitu pemilik desktop kelas permainan pastinya mahu mempamerkan set mereka, panel tepi dilengkapi dengan kace diperkukuh serta boleh dibuka dan tutup dengan mudah.

? Bahagian atas pula dilengkapi dengan penapis habuk bermagnetik sekali gus mengurangkan habuk untuk masuk ke dalam desktop.

? Untuk aliran udara, panel depan digunakan untuk menyedut udara masuk manakala panel atas dan belakang bertujuan sebagai 'eksos' iaitu pengeluaran haba panas di dalam desktop.

? Kerangka ini menyokong tiga saiz papan induk bermula daripada Mini ITX, Micro ATX dan ATX tanpa masalah mengikut keselesaan pengguna.

? Menyentuh tentang sokongan kipas, panel depan boleh dimuatkan dengan tiga kipas bersaiz 120mm atau dua kipas bersaiz 140mm.

? Untuk panel atas, dilengkapi dengan dua kipas 120mm dan satu unit kipas belakang? bersaiz sama.

??

?

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 1:52 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看