X
ASUS melancarkan barisan baharu ZenBook
ASUS melancarkan barisan baharu ZenBook
Muhammad Saufi Hassan


Jenama terkemuka peranti elektronik, ASUS melancarkan barisan baharu ZenBook miliknya termasuk pengenalan kepada laptop skrin paparan 4K OLED paling nipis.

Pelancaran barisan baharu itu membabitkan tiga generasi ZenBook iaitu Flip S OLED, Flip Oled dan Duo 14 yang menawarkan spesifikasi khusus.

Penawaran skrin paparan teknologi OLED berkenaan pastinya memberi perbezaan daripada warna serta kecerahan berbanding dengan panel LCD IPS.

Bagi ZenBook Flip S OLED, ia adalah laptop dengan panel 4K paling nipis pernah ditawarkan kepada pengguna.

Menyentuh aspek spesifikasi laptop Flip S OLED menggunakan pemproses Intel Core i7-1165G7 yang dipadankan bersama unit pemproses grafik (GPU) Intel Iris Xe.

Laptop ini menawarkan resolusi 3,840 x 2,160 dengan bezel paparan nipis termasuk menyokong skrin sesentuh untuk kemudahan pengguna.

Format warna untuk laptop ini pula menawarkan 100 peratus DCI-P3 serta kadar kecerahan 400 nits.

Sesuai dengan kelas laptop Flip S OLED, ia menawarkan storan 1TB PCIe NVMe M.2 SSD bersama-sama dengan sokongan sambungan dua Thunderbolt 4 USB jenis C, USB 3.2 dan HDMI.

Untuk laptop segmen Flip OLED pula ia ditawarkan dengan pemproses sama seperti Flip S OLED dan pilihan Intel Core i5-1135G7 dengan storan 512 GB PCIe NVMe M.2 SSD.

Bagi tanda harga untuk Flip S OLED adalah RM6,799, Flip OLED (RM5,199 untuk Intel i7 dan RM4,699 untuk i5) dan ZenBook Duo bermula RM5,499.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mac 2021 @ 9:57 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看