GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

Amman: Pengarah dan empat lagi pegawai hospital di Jordan yang merawat pesakit Covid-19 ditahan bagi membantu siasatan insiden kematian pesakit akibat kehabisan bekalan oksigen.

Pendakwa raya membuat keputusan untuk menaha mereka selama seminggu untuk soal siasat berhubung kejadian yang mengorbankan nyawa tujuh pesakit.

Ketua perkhidmatan kesihatan untuk wilayah itu juga telah digantung sementara menunggu siasatan selesai.

Semalam, media melaporkan sekurang-kurangnya tujuh pesakit Covid-19 meninggal dunia selepas sebuah hospital di Jordan kehabisan bekalan oksigen.

Insiden itu mengundang pertikaian dalam kalangan masyarakat, selain desakan supaya menteri kesihatan meletak jawatan.

Raja Jordan, Raja Abdullah II, menitahkan supaya pengarah hospital di Salt, sebuah bandar di barat laut Amman untuk 'mengundur diri', selepas ratusan orang yang berang berhubung insiden berkenaan berkumpul di luar perkarangan hospital.

Menteri Kesihatan, Nazir Obeidat berkata, bekalan oksigen di hospital terbabit dilaporkan habis pada jam antara 6 dan 7 pagi (waktu tempatan).

"Justeru, ia mungkin punca enam pesakit meninggal dunia," katanya.

Saluran televisyen rasmi, Al-Mamlaka kemudian melaporkan bahawa pesakit ketujuh turut mengalami nasib sama, dipercayai berpunca daripada kehabisan oksigen.

Nazir yang bergegas ke Hospital Al-Hussein, selepas dimaklumkan mengenai tragedi itu mengakui akan bertanggungjawab terhadap nasib menimpa tujuh pesakit berkenaan.

"Saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri," katanya.

Perdana Menteri, Bisher al-Khasawneh, kemudian menjelaskan bahawa pihaknya sudah menerima keputusan peletakan jawatan ahli Kabinet itu dan memecat pengarah Hospital Al-Hussein.

Beliau menegaskan bahawa ia adalah kesalahan besar dan tidak boleh diterima dalam perkhidmatan kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 9:06 PM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看