X
PAGAR dijadikan dasar tanaman atau elemen untuk susun tanaman.
PAGAR dijadikan dasar tanaman atau elemen untuk susun tanaman.
Nurul Husna Mahmud


APABILA banyak berada di rumah, ruang laman yang boleh dijadikan taman 'hinggap' untuk bersantai bersama keluarga antara yang perlu diberi perhatian.

Ini bagi membantu mewujudkan persekitaran santai selain menyeimbangkan elemen semula jadi yang menjadi kontak penting bagi kesihatan mental, sekali gus menyuntik aura harmoni ketika interaksi bersama keluarga.

Atas faktor kebanyakan waktu dihabiskan di rumah, apa kata anda ambil inisiatif mewujudkan sudut atau taman kecil untuk dimanfaatkan seisi keluarga.

Berikut beberapa tip untuk mencipta ruang laman atau sudut kecil dengan suasana hijau. Tambah pula dengan adanya elemen hijau boleh meredupkan persekitaran apatah lagi negara kita kini mengalami musim panas.

Penggunaan jeriji pagar atau pintu balkoni rumah sebagai dasar taman

Bagi rumah teres, jika anda rasa laman di depan rumah hanya mencukupi untuk ruang parkir kereta, sebaiknya fikirkan sumber yang ada untuk menggantikan ruang bercucuk tanam.

Bagi rumah yang bertingkat, jeriji balkoni untuk dijadikan struktur asas kerja memulakan taman di rumah dan tanaman paling sesuai ialah jenis menjalar.

Apatah lagi ruang landskap ini tidak memerlukan ruang besar dan penggunakan pasu kecil berwarna-warni pula pasti menambah seri.

CONTOH taman di balkoni.
CONTOH taman di balkoni.

Tanaman pasu dan tanaman jenis menegak atau vertikal

Ruang sempit dan memanjang seperti balkoni sebaiknya ketengahkan tanaman jenis berpasu dan pokoknya yang menegak bagi memastikan landskap di situ seimbang serta harmoni.

Bonsai antara tanaman yang sesuai, mudah diuruskan dan dibentuk mengikut rekaan konsep landskap diinginikan. Pelbagaikan juga pilihan tanaman supaya taman nampak lebih ceria.

Batu kerikil, konkrit atau kayu sebagai hiasan untuk ruang pejalan kaki

Menggunakan batu atau kayu boleh memberi sentuhan semula jadi pada sudut atau ruang tanaman. Jika ia digunakan pada ruang pejalan kaki, kemasan ruang landskap tampak lebih menarik.

Boleh susun secara lurus atau bentuk lain bagi menonjolkan elemen kreativiti.

KOLAM ikan yang memanjang menggunakan kayu antara idea boleh dilaksanakan pada ruang sempit.
KOLAM ikan yang memanjang menggunakan kayu antara idea boleh dilaksanakan pada ruang sempit.

Pembinaan kolam hiasan secara memanjang boleh mencipta visual luas

Lebih mudah, bina kolam ikan yang panjang kemudian letakkan tumbuhan disisinya dalam menyerlahkan persekitaran segar.

Boleh juga letak kerusi atau meja taman untuk suasana santai lebih bermakna.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 6:18 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看