Dr Sumitra Nair
Dr Sumitra Nair
HM Bisnes

Kuala Lumpur: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyaksikan ramai wanita muda mula melangkah masuk ke 'sektor' yang sebelum ini lebih 'dikuasai' lelaki.

Melalui program #mydigitalmaker, MDEC menyediakan akses kepada kandungan dan keupayaan digital yang telah memanfaatkan 2.19 juta pelajar sekolah di seluruh negara sehingga Disember 2020.

Lebih daripada 25,000 pelajar mendaftar dalam kursus teknologi digital pada 2019 iaitu peningkatan 40 peratus ketika inisiatif ini mula dilaksanakan pada 2017.

Naib Presiden Bahagian Kemahiran dan Pekerjaan Digital MDEC, Dr Sumitra Nair berkata, teknologi menawarkan kesamarataan membabitkan penyertaan jantina dan mewujudkan masyarakat terintegrasi secara teknologi di Malaysia.

"Rakyat dapat mencapai tahap persaingan antara jantina apabila semakin ramai wanita menyertai industri teknologi. Apa saja nilai yang diberikan oleh individu terhadap projek, pasukan atau organisasi kini bukan ditentukan oleh jantina sebaliknya berpandukan kemahiran, pengetahuan dan tekad," katanya.

Menurutnya, usaha dan kerjasama pelbagai pihak telah membantu mengubah pelajar daripada sekadar menjadi pengguna kepada pencipta teknologi.

"Program di bawah Gerakan #mydigitalmaker merangkumi Digital Ninja, Sekolah Juara Digital dan Hour of Code membabitkan penyertaan pelbagai pihak.

"Saya mencadangkan agar ibu bapa dan pelajar yang bercita-cita untuk merapatkan jurang teknologi digital supaya memanfaatkan peluang yang disediakan untuk mendapatkan pendedahan teknologi.

"MDEC diberi mandat untuk memimpin ekonomi digital iaitu dengan mewujudkan masyarakat yang sangat terintegrasi dengan teknologi untuk memberi kekuatan kepada rakyat berdepan cabaran pada era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0)," katanya.

Peserta program Ninja Digital 2019, Chan Hew Yan berkata, minat yang mendalam terhadap permainan video kemudian telah 'membawanya' menyertai program Digital Ninja yang telah menyatukan pelajar, mentor dan pakar dari seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman di samping menyelesaikan tugas digital yang diberikan.

Bagi Aisyah Batrisyia Muhamad Ramdzan, dia telah menyertai Pertandingan Cabaran IT Global Untuk Belia Orang Kurang Upaya (OKU) selepas menyertai Digital Champion School yang juga sebahagian daripada Gerakan #mydigitalmaker untuk mendorong budaya inovasi digital di sekolah dan masyarakat setempat.

Ibunya yang juga pensyarah bidang mikroelektronik adalah pendorong utama untuknya mengikuti kursus digital seperti Python, Arduino dan Scratch dan memberi peluang untuknya meneroka dengan lebih mendalam bidang pengaturcaraan.

Bagi Saii Yashaa Gopinath Rao pula, perkara paling digemarinya mengenai sains, teknologi, matematik dan kejuruteraan (STEM) adalah apabila berpeluang melihat penemuan baharu dan inovasi yang dihasilkan oleh rakan sebayanya untuk menyelesaikan masalah kehidupan sebenar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 8:27 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看