ABDUL Rahman memakaikan seragam sekolah kepada wakil murid.
ABDUL Rahman memakaikan seragam sekolah kepada wakil murid.
HM Digital

SERAGAM sekolah adalah kelengkapan utama untuk murid bagi memulakan sesi persekolahan.

Justeru, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memperuntukkan RM3.8 juta untuk set pakaian seragam sekolah kepada murid Orang Asli untuk tahun ini hingga 2023.

Bantuan ini adalah salah satu inisiatif KPLB untuk mengurangkan peratus keciciran murid Orang Asli dan menggalakkan mereka pergi ke sekolah.

Sehingga kini, sebanyak 7,494 set bantuan persekolahan disampaikan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kepada murid masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,629 set bantuan disalurkan di Pahang pada sesi persekolahan kali ini.

ANTARA murid masyarakat Orang Asli yang menerima bantuan set persekolahan.
ANTARA murid masyarakat Orang Asli yang menerima bantuan set persekolahan.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri 1 KPLB Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad hadir membuat penyerahan bantuan set persekolahan kepada wakil murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kechau 1, Kuala Lipis, Pahang.

Selain bantuan set pakaian seragam, KPLB turut menyediakan bantuan lain seperti penyediaan pengangkutan ke sekolah, bantuan wang saku dan lain-lain bantuan untuk memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pendidikan yang sempurna.

KPLB berharap supaya masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam pendidikan dan dapat melahirkan generasi baharu yang bakal menjadi pemimpin dan menyumbang bakti kepada masyarakat mereka dan negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 6:31 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看