X
WANITA muda yang sentiasa mengejar cita-cita.
WANITA muda yang sentiasa mengejar cita-cita.
SENTIASA fokus dalam menghasilkan koleksi pakaian ketika di universiti.
SENTIASA fokus dalam menghasilkan koleksi pakaian ketika di universiti.
Hafiz Ithnin


TEMU bual dengan pemegang Ijazah Rekaan Fesyen dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini sebenarnya atas idea rakan penulis yang menjadi mentor kepada kebanyakan pereka fesyen muda di negara ini.

Alasannya, pemilik nama Nadiatul Syahira Badrul Kamal atau mesra disapa Nad ini gigih menerokai pelbagai pekerjaan dari platform fesyen untuk mengembangkan bakatnya.

Pastinya, pendapatan dan kewangan yang kukuh sebelum berusia 30 tahun menjadi matlamatnya kerana tidak mahu menjadi insan yang bergantung harap pada masa depan dari segi pendapatan.

Ketika ini, Nad selain menjawat tugas hakiki sebagai pegawai perhubungan awam dan pemasaran di sebuah firma fesyen. Dia juga memaklumkan aktif mengalas peranan sebagai jurugaya fesyen, jurugaya tudung bebas dan dalam proses memperkenalkan koleksi pakaiannya di pasaran tempatan.

Katanya, mempelajari sesuatu bidang ketika di universiti memerlukan seseorang itu bijak mengatur strategi bagi mencapai matlamat dalam kerjaya yang diinginkan.

Nad mengakui dirinya terus melangkah dan menerokai bidang berkaitan fesyen yang begitu luas untuk diceburi jika bijak berkarya dan memiliki jaringan sosial.

NAD, bakat baharu industri fesyen yang menerokai pelbagai bidang.
NAD, bakat baharu industri fesyen yang menerokai pelbagai bidang.

"Ketika di universiti lagi saya sudah meletakkan sasaran untuk menonjolkan karya saya supaya mampu dilihat pemain industri fesyen tempatan.

"Syukur ketika selesai tugasan tahun akhir, bersandarkan koleksi yang berjaya menarik perhatian, saya terpilih untuk memperagakan koleksi peribadi bertemakan kelestarian ke pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2019," katanya.

Menceritakan pengalamannya sebagai bakat muda yang masih menuntut di universiti, tetapi berjaya dipilih untuk mengetengahkan koleksi busananya ke pentas itu, akuinya, sudah pasti pengalaman itu tidak dapat dilupakan, apatah lagi diberi tanggungjawab untuk mengangkat tema lestari dalam fesyen.

"Saya diberikan tugasan untuk menggunakan denim terpakai bagi mereka koleksi pakaian baharu. Syaratnya, daripada bahan terpakai itu, sebagai pereka fesyen saya perlu menggunakan seratus peratus bahan terpakai yang diberikan.

"Jadi, saya perlu kreatif dan mengatur strategi supaya bahan terpakai itu bukan sahaja mampu menghasilkan koleksi yang menarik, malah tidak membazir," katanya.

SENTIASA mencari peluang membina jenama dalam industri fesyen.
SENTIASA mencari peluang membina jenama dalam industri fesyen.

Nad berkata, meskipun dia ketika ini berkerja sebagai pegawai perhubungan awam dan pemasaran, pihak majikan tidak menghalangnya untuk mengembangkan bakat.

"Ketika bekerja di syarikat, saya turut membantu mereka untuk menguruskan

gaya model bagi tujuan pelbagai kempen.

"Jadi, model ini terdiri daripada mereka yang ternama dan syukur hasil sentuhan saya sebagai jurugaya digemari dan mereka sendiri memperkenalkan saya kepada rakan lain termasuk selebriti," katanya.

NAD teroka pelbagai pekerjaan dari platform fesyen untuk kembang bakat.
NAD teroka pelbagai pekerjaan dari platform fesyen untuk kembang bakat.

Menggemari 'street fashion' dalam rekaan, Nad menjangkakan akan memperkenalkan beberapa koleksi dalam segmen itu untuk dipasarkan dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.

"Saya ingin menjadikan gaya 'street fashion' ini sebagai sesuatu yang universal untuk si pemakai dan boleh digayakan dalam pelbagai situasi.

"Walaupun seseorang itu berhijab, tetapi ia masih boleh menyarungkan koleksi yang bakal saya perkenalkan ini kerana bagi saya sebagai pereka fesyen kita tidak boleh hanya menyasarkan kepada individu tertentu menyarung sesuatu busana.

"Bagaimanapun, setiap pakaian boleh diolah secara kreatif mengikut keadaan dan keinginan si pemakai itu supaya tampak sopan," katanya.

BERSAMA koleksi pakaiannya.
BERSAMA koleksi pakaiannya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Nad tidak menafikan perniagaan dalam dunia fesyen juga boleh memberi manfaat kepada orang lain dan bukan sekadar meraih angka semata-mata.

"Disebabkan itu, saya bukan sahaja bercita-cita untuk mempunyai koleksi pakaian yang dikenali, tetapi ia turut dapat membantu orang lain mendapatkan keuntungan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 6:20 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看