NIKMAT apabila menikmati sajian ais dalam cuaca panas.
NIKMAT apabila menikmati sajian ais dalam cuaca panas.
Oleh Nurul Husna Mahmud


Cuaca panas kebelakangan ini cukup luar biasa sehingga mendatangkan rasa tidak selesa selain rasa sakit kepala.

Keadaan itu juga mempengaruhi tabiat makan apabila ramai gemar memilih minuman sejuk dan kurang selera makan.

Bagi mengembalikan semula selera, kudapan atau pencuci mulut boleh mengurangkan 'stres' akibat keadaan kurang selesa.

Kali ini ingin dikongsikan tiga resipi mudah untuk disajikan dan antara snek sejuk boleh dihasilkan dalam kuantiti banyak. Selain boleh disimpan untuk dimakan bila-bila masa.

Bukan sahaja pilihan snek mudah, ia juga memberikan khasiat kerana penggunaan bahan seperti buah-buahan segar dalam penyediaannya.

Tat ais krim blueberry

Bahan-bahan:

1 cawan blueberry segar

1 tin susu pekat manis

1 cawan jus lemon dibekukan

1 mangkuk biskut graham (buat kulit pai atau dasar)

60 gram mentega

Kaedah penyediaan:

1. Masukkan jus lemon beku, blueberry dan susu pekat manis dalam pengisar. Kisar sehingga tekstur menjadi sebati.

2. Mentega dicairkan dan biskut graham tadi dihancur serta digaul bersama mentega.

3. Ambil acuan kek kecil dan ratakan campuran biskut graham bersama mentega tadi sekeliling. Bakar dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 180 darjah Celsius. Biarkan sebentar.

4. Masukkan bahan dikisar dalam acuan tadi dan letakkan dalam peti sejuk di ruang sejuk beku sekurang-kurangnya empat jam sebelum dihidangkan.

5. Selepas beku, sebaiknya keluarkan 10 hingga ke 15 minit sebelum dihidangkan bagi memudahkan ia dipotong.

Pisang dan mentega kacang ala 'gelato'

Bahan-bahan:

2 biji pisang

4 batang kayu ais krim/ lidi kayu (lebar)

4 sudu besar mentega kacang (jenama Reese)

100 gram coklat masakan

Kaedah penyediaan:

1. Pisang dipotong serong dan bahagian dipotong dicucuk dengan batang ais krim.

2. Ambil kertas rejang aloi dan ratakan mentega kacang pada ketebalan hampir sekata.

3. Pisang dan mentega kacang itu dibekukan (antara 20 minit hingga satu jam).

4. Masakkan coklat menggunakan kaedah 'double boil' dan kacau untuk tekstur lebih licin serta sekata.

5. Mentega kacang dipotong dalam bentuk saiz kiub mini.

6. Pisang disalut dengan coklat sementara kiub mentega kacang ditabur atasnya. Letak dalam peti ais untuk 10 hingga 15 minit sebelum makan.

Versi kelapa kocak dengan nanas

Bahan-bahan:

1/2 cawan jus nanas

1/3 cawan santan

1/3 air kelapa

3 cawan nanas (dibekukan)

1 cawan ais krim kelapa (boleh juga ganti dengan perisa vanila)

1/2 cawan ais ketul

Kaedah penyediaan:

1. Kisarkan semua bahan sehingga sebati. Kemudian boleh dinikmati segera.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 9:14 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看