PUSAT membeli-belah yang berhampiran dengan tanah yang diambil alih.
PUSAT membeli-belah yang berhampiran dengan tanah yang diambil alih.
Hafiz Ithnin


SUNWAY Berhad (Sunway) pemilik subsidari, Sunway Kinrara Sdn Bhd, menandatangi perjanjian jual beli bagi sebidang tanah berkeluasan hampir 0.95 hektar dari CTM Development Sdn Bhd.

Tanah berkenaan yang terletak berhampiran dengan kawasan kejiranan membangun di Taman Mutiara, Kuala Lumpur dibeli pada harga pertimbangan RM42 juta untuk membangunkan kediaman eksklusif yang dijangka bersesuaian dengan gaya hidup norma baharu.

Terletak 400 meter dari pusat membeli-belah EkoCheras, ia menawarkan perhubungan secara terus ke Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara.

Tidak sekadar itu, ia juga dilengkapi kemudahan lain yang berada pada radius lima kilometer termasuk Sunway Velocity, Taman Tasik Permaisuri, Pantai Hospital Cheras, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti UCSI.

Pengarah Urusan Sunway Property, Sarena Cheah berkata, pembangunan projek di tanah itu dijangka dilancarkan pada separuh pertama 2022 dan diunjurkan siap 2026 sekali gus memberi prestasi kewangan positif kepada syarikat bermula 2022.

"Projek kediaman yang bakal dibangunkan di tanah berkenaan bercirikan pegangan bebas dan berhampiran dengan pembangunan transit untuk memenuhi permintaan kediaman lebih luas dengan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di rumah untuk kehidupan norma baharu.

"Ia termasuk bekerja dari rumah. Tambahan, kami juga merancang untuk membangunkan kawasan luar yang mempunyai fungsi bagi membolehkan orang ramai menjalani kehidupan lebih sihat," katanya.

RUANG untuk gaya hidup lebih bebas menjadi tumpuan Sunway Property dalam projek akan datangnya.
RUANG untuk gaya hidup lebih bebas menjadi tumpuan Sunway Property dalam projek akan datangnya.

Malah pihaknya juga merancang untuk membangunkan hanya 255 unit kediaman jenis rumah bandar (townhouse) dan kondominium.

Sementara itu, Sunway Property menerima status MSC Cybercentre daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi projek Sunway Velocity dan Sunway Velocity TWO, sekali gus menjadikannya sebagai Cybercentre pertama di Cheras, Kuala Lumpur.

Status MSC Malaysia Cybercentre adalah bagi kawasan sekitar 12.3 hektar membabitkan kedua-dua pembangunan menara pejabat korporat, Menara Sunway Visio berkeluasan 200,000 kaki persegi yang mempunyai status MSC.

TANAH yang diambil alih Sunway Property.
TANAH yang diambil alih Sunway Property.

Ia membabitkan status MSC Cybercentre yang diberikan kepada bandar, pembandaran atau bangunan kompleks bangunan yang menyediakan secara khusus kepada syarikat berstatus MSC atau teknologi maklumat (ICT) bagi membantu operasi perniagaan pemiliknya.

Pengarah Eksekutif Bahagian Pembangunan Hartanah Wilayah Tengah Sunway Berhad, Chong Sau Min berkata, Sunway Velocity adalah kawasan pembangunan yang ideal untuk syarikat ICT.

"Sunway Velocity dikelilingi 15 institusi pengajian tinggi hanya terletak 15 kilometer (km) sahaja. Institusi ini menyediakan bakat baharu dan potensi melaksanakan kerjasama kajian.

"Tambahan, projek ini hanya terletak 3.8 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur iaitu hanya dua hentian transit aliran massa (MRT) yang menghubungkan destinasi pembangunan ini,

" katanya.

KEMUDAHAN pusat perubatan untuk pembeli kediaman projek Sunway Property amat diutamakan.
KEMUDAHAN pusat perubatan untuk pembeli kediaman projek Sunway Property amat diutamakan.

Jelasnya lagi, perniagaan di lokasi itu turut disokong penuh dengan aktiviti gaya hidup seperti pusat membeli-belah Sunway Velocity berkeluasan sejuta kaki persegi, Sunway Medical Centre dan hotel serta kira-kira 0.8 hektar parkir.

"Di MSC Malaysia Cybercentre @ Sunway Velocity, kami menyasarkan untuk meluaskan lagi pengalaman yang menggabungkan kepada pembangunan hab inovasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 7:01 AM
含羞草实验室入口-含羞草免费人成视频在线观看